Perlembagaan PBMITT terdiri daripada 30 Fasal. Undang-undang ini juga telah disahkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 29 Mei 1969.
Syarat Keahlian Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah:
Ahli Biasa: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang merupakan bekas mahasiswa Islam lepasan universiti di Timur Tengah (yang dimaksudkan dengan Timur Tengah ialah: Algeria, Arab Saudi, Bahrain, Emeriah Arab Bersatu, Iraq, Jordan, Kuwait, Libya, Lubnan, Maghribi, Mesir, Oman, Qatar, Sudan, Tunisia, Yaman, Turkiye dan Iran)
Ahli Bersekutu: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang merupakan bekas mahasiswa Islam lepasan universiti bukan dari Timur Tengah.
Ahli Bergabung: Terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan bekas pelajar-pelajar Islam di Malaysia dan negara-negara ASEAN.